Hi, how can we help?

[Bayar Waktu Terima] Mengapakah saya tidak boleh bayar menggunakan bayar waktu terima (COD)?

Bahasa Malaysia | English 
 
Kaedah pembayaran bayar waktu terima (COD) mungkin tidak tersedia buat masa ini untuk akaun Shopee anda kerana:

  • Pesanan anda tidak memenuhi kriteria COD. Pada masa ini, COD hanya tersedia untuk penjual terpilih dan pesanan dengan nilai di bawah RM500.
  • Penjual telah mematikan pilihan kaedah pembayaran COD untuk kedai mereka.
  • Barangan yang tergolong dalam kategori Barangan Bernilai Tinggi tidak layak untuk pilihan pembayaran COD.
  • Barangan yang tergolong dalam kategori Mudah Rosak tidak disenaraikan di bawah pilihan pembayaran COD.
  • Pilihan pembayaran COD hanya tersedia untuk rakan logistik yang disokong oleh Shopee, kawasan liputan tertentu, dan kod pos terpilih bagi penghantaran.
  • Sistem mengesan aktiviti luar biasa pada akaun anda atau pada pesanan COD anda yang terdahulu.
 
Untuk kes serius seperti penolakan atau kegagalan berulang untuk mengambil bungkusan COD, Shopee mungkin akan menggantung pilihan pembayaran COD secara kekal bergantung kepada situasi.
 

🚩 Anda tidak akan dikenakan penalti jika kegagalan pesanan COD disebabkan oleh:

 ● Isu logistik dan penghantaran (contohnya kehilangan bungkusan, kerosakan, kegagalan penghantaran).
Kesilapan pengendalian penjual (contohnya penjual tidak mengatur penghantaran tepat pada masanya / pesanan dibatalkan oleh sistem). 

Jika anda percaya penggantungan COD anda adalah satu kesilapan, sila hubungi kami melalui saluran yang tertera di bahagian bawah halaman ini.

 
Sementara itu, anda masih boleh membayar pesanan anda menggunakan kaedah pembayaran lain.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied